Sunday, October 26, 2008

LAGI SKANDAL SEKS BN! - Malaysiakini




Nampaknya Barisan Nasional dengan kuncu-kucu Umno iaitu MCa dan MIC bagaikan terpukau dengan gejala seks. Kalau dulu saya memaparkan tentang video seks Datuk Sharukh Khan, kini terdapat pula skandal photo seks yang melibatkan seorang belia MIC iaitu Dr Punithan Shan dengan seorang remaja Jepun bernama Akiko.

Kalau hari itu terbongkar pemimpin MCA Dr Chua Soi Lek, kali ini adalah giliran seorang lagi doktor dari MIC pula. Melihat penjelasan dari Punithan memang boleh dikatakan bahawa beliau memang berniat jahat terhadap Akiko. Kalau lihat pada link yang diberi memang ada gambar Akiko dalan profil Friendster Punithan dan ada pula gambar Punithan dalam profil friendster Akiko.

Kalau Punithan ini memang seorang lelaki jati, apakah salahnya untuk beliau berterus terang dalam perkara ini. Mengapakah nak memberi komen yang sinis? Kalau beliau difitnahkan tunjuklah buktinya. Memang gelagat ahli BN semuanya sama sahaja. Bila salah laku mereka terbongkar, senang bagi mereka menangis kononnya mereka difitnah. Bagi saya orang macam Punithan ini tidak berhak menjadi doktor kerana ini melibatkan isu etika, Sila ke blog ini untuk butiran lanjut http://darkjustice-lazarus.blogspot.com/2008/10/mic-youth-in-nude-photo-scandal.html Laporan Blog ini telah dipaparkan di -malaysiakini.

Tuesday, October 21, 2008

Video Seks ShahRukh Khan

Belia Melayu kita dewasakini bagaikan dipukau oleh pengaruh negatif Bollywood. Saya telah terserempak dengan Blog http://margeemar.blogspot.com dan telah mendapat izin dari Tuanpunya Blog ini untuk mengepos sekali lagi perkara dibawah ini berserta dengan KLIP VIDEO SEKS SHAH RUKH KAHN dengan syarat saya memmasuki ADULT VERIFICATION supaya anak-anak muda kita tidak akan menonton klip video ini. Sekali lagi, inikah Islam Hadhari Pak Lah?

Subject: VIDEO SEKS Shahrukh Khan semasa dia jadi pelakon baru dalam filem Hindustan!

Tolong forwardkan e-mail ini kepada semua artis tempatan di negara kita.
Wahai sahabat-sahabat sekalian,Amaran 18SX (18 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan menonton video ini!)Tolong download VIDEO SEKS Shahrukh Khan semasa dia jadi pelakon baru dalam filem

Hindustan dari attachment.Best tak, video ini?Barangkali inilah yang dikatakan oleh Pak Lah sebagai 'Islam Hadari'.
Hooaa! Ha! Ha! Ha! Ha!Pak Lah imam 'Islam Hadari'.Anda buatlah keputusan sendiri samada Shahrukh Khan (SRK) layak menerima pangkat 'Datuk' atau tidak?

Tolong forwardkan e-mail ini kepada semua artis tempatan di negara kita.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Dark Justice Malaysia


Inikah Islam Hadhari Pak Lah? - malaysiakini


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seorang ulama atau imam dunia Islam pernah menyatakan ; jika kita hendak melihat bagaimana rupa bangsa sesebuah tamadun pada masa akan datang, lihatlah kepada remajanya yang ada pada hari ini. Kata-kata ini bukanlah satu dakwaan, tetapi merupakan satu bimbingan terhadap bagaimana kita seharusnya membuat satu persediaan bagi satu tamadun bangsa. Menyedari hakikat bahawa remaja hari ini adalah eset warisan kesinambungan juang diri umah, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli bangsanya untuk memastikan bahawa kita menyediakan asas-asas yang kukuh untuk satu perjuangan survival di hari muka.


Kita terlalu banyak bercakap mengenai hal-hal titik bengik, sehinggakan kita hampir melupakan soal pokok. antara aspek yang kita tutup sebelah mata adalah pembangunan jiwa remaja. Orang Melayu harus sedar bahawa kita sedang menghadapi krisis jiwa remaja yang hebat. Anak-anak kita terlalu bebas untuk membuat pilihan sendiri, tanpa diberikan cukup bimbingan dan asas membuat keputusan. adakah ibubapa dan golongan dewasa sedar bahawa kita sudah semakin luntur terhadap anak-anak remaja kita?


Jawapannya mungkin majoriti daripada kita sedar, kecuali segelintir orang dewasa yang masih lagi dibuai sedikit kesenangan, sehingga lupa melihat perkembangan anak-anak remaja mereka. Soalan-soalan asas berikut walaupun agak lumrah, namun boleh dijadikan senarai semak untuk kita mengukur sejauh mana anak-anak remaja kita dekat di hati kita. Berapa kerapkah kita secara berkala, memantau perkembangan pelajaran anak-anak?


Tahukah kita dengan siapa mereka berkawan? Apakah aktivitinya ketika waktu bersenggang setiap hari? Pernahkah anak-anak kita berbincang, meluah rasa hati dan menyelesaikan masaalahnya bersama kita? Terlalu banyak gejala sosial yang telah melanda remaja Melayu kita. Ada diantaranya tidak tamat pendidikan asas, sama ada sekolah rendah atau menengah. Berhenti sekolah semasa di tingkatan dua atau tiga. Ini disebabkan ketiadaan minat belajar ditambah dengan pengaruh persekitaran (rakan, tawaran kerja dengan imbuhan kebendaan) dan ketiadaan sokongan psikologi lalu menyebabkan mereka berhenti sekolah ditambah lagi masyarakat atau ibu bapa sendiri tidak ambil pusing tentang tindakan anak-anak mereka.


Namun, setelah berhenti sekolah, apa yang mereka mampu lakukan setiap hari hanyalah meronda keliling bandar atau kampung, bermain game di internet cafe (yang telah disalahgunakan dari fungsi asal untuk tujuan melayari maklumat), merempit dan melepak di komplek membeli belah atau di simpang-simpang jalan. Kesedaran sehaja tanpa tindakan tidak bermakna, apakah yang telah kita lakukan?. Organisasi-organisasi Melayu hari ini cukup lantang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masaalah yang melanda remaja melayu, apa yang mereka lakukan untuk menyelamatkan keadaan ini?.


Masaalah yang berbangkit sekarang adalah kita terlalu banyak bercakap tentang hal-hal yang bersifat teori, spekulasi, cadangan, kritikan, laporan atau apa-apa sehaja yang bersifat semacam intelektual dan akademik dalam hal menangani masaalah remaja Melayu. Ada di antara koperat-koperat Melayu yang lahir dari DEB juga terlalu sibuk mengira-ngira perhitungan ringgit dan sen. Dari terbit fajar hingga melelapkan mata, organisasi-organisasi ini terlalu leka untuk memikirkan apa yang bakal terjadi kepada remaja Melayu. Organisasi-organisasi ini mungkin berhujah bahawa mereka telah melakukan usaha-usaha tertentu untuk kepentingan anak-anak Melayu. Parti politik Melayu berhujah bahawa mereka telah menggariskan pelan induk pembangunan menyeluruh belia dan remaja. mereka juga telah berjaya mendampingi sebahagian besar remaja dengan melaksanakan program-program yang boleh mengisi masa lapang remaja. NGO pula senada ucapnya, dengan menyatakan bahawa mereka juga telah menyediakan platform yang sesuai untuk remaja bergiat aktif dalam bidang-bidang yang disukai.


Koperat-koperat Melayu juga tidak ketinggalan dengan dakwaan mereka telah melaburkan wang yang banyak untuk membiayai aktiviti-aktiviti tersebut. Persoalannya: berapa ramaikah remaja Melayu yang mendapat faedah daripada usaha-usaha itu? Sejauh manakah keberkesanan usaha-usaha itu?, adakah indeks remaja Melayu yang menghuni di Pusat-pusat Serenti menurun?, adakah gejala melepak, merempit dan kegiatan tidak bermoral berkurangan dengan banyaknya? Apakah usaha kita seterusnya...............

Sunday, October 19, 2008

KEKEJAMAN KAFIR UMNO KEATAS ORANG MELAYU

SEDARLAH, INSAFLAH setiap detik, kita disadurkan dengan perlakuan dosa, yakni berprasangka dan menghakimi sesaorang melalui proses dakyah agar kita mempercayai mulut Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, media yang di bawah telunjuk kuasa Perdana Menteri, ulama yang mementingkan kedudukan, dan pemimpin-pemimpin Umno yang berkepentingan.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Barang siapa yang mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekelian. Nescaya tidak seorangpun daripada kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya"- Surah An-Nuur, ayat 21

DUABELAS DALIL MENGAPA UMNO HARUS DIHARAMKAN

1.Umno menerusi Haron Idris bertanggung jawab mencetuskan tragedi 13 Mei.
2.Umno menerusi Mahathir Mohamed bertanggung jawab merugikan danar Negara sebanyak berbilion-bilion ringgit dalam bentuk penyelengwengan dan kronisme.
3.Umno mengamalkan ajaran sesat dengan Islam Hadhari.
4.Umno menerusi syarikat-syarikat kroninya mengadakan hubungan perdagangan dengan Israel.
5.Umno menerusi ahlinya telah menderhaka terhadap DYMM Sultan Mizan dengan memanggil baginda'natang' (binatang).
6.Umno terus mainkan isu perkauman supaya dilihat sebagai pejuang bangsa Melayu dan Islam.
7.Umno telah dirampas oleh golongan India Muslim untuk menumpang hak-hak istimewa orang Melayu.
8.Umno telah memberi undi Malaysia kepada Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq dalam PerangTeluk Pertama di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.
9.Umno dan pemimpinnya masih lagi mengunakan ISA walaupun ISA melanggari undang-undang antarabangsa.
10.Umno menyebabkan Malaysia kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.
11.Umno dan pemimpinya menyumbang kepada ketegangan kaum dan agama di negara ini menerusi tindak-tanduk mereka yang angkuh.
12.Terkini dari
Malaysiakini , meskipun permohonan penduduk untuk memohon penangguhan perlaksanaan pemusnahan kampung di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah ditangguhkan ke 29 Oktober 2008, pihak pemaju dengan restu Umno Johor dan Umno Pusat dengan dibantu oleh pihak polis dan beberapa samseng upahan telah bertindak mengasari hampir 100 warga kampung dan meroboh hampir 10 buah rumah. Warga emas yang cedera telah dibawa oleh AMK dan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran. Baca seterusnya disini DISINI:

Baca juga: http://www.malaysiakini.com/columns/91477

Umno Pencabul Hak Rakyat

Umno sememangnya berkisar dalam perebutan kuasa puak-puak jahil yang gilakan kuasa dan wang ringgit. Yang merana adalah rakyat jelata yang dianiaya oleh regim kejam dan kafir ini seperti mana berlaku di Johor Darul Takzim dimana orang Melayu di belasah dan kediaman mereka diroboh secara kejam.

Sekiranya dalam tempoh lima bulan sebelum peralihan kuasa, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berusaha untuk mengkaji semula ISA, gelaran ‘Bapa Demokrasi Moden’ yang dicadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon kepadanya mungkin boleh dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, berkata, ketika zaman pentadbiran beliaulah banyak berlaku pencabulan demokrasi seperti tindakan terhadap para blogger, penahanan wartawan Sin Chew Daily di bawah ISA, serta tiada pemulihan dalam SPR. Macamana mahu iktiraf beliau sebagai bapa demokrasi?

Walaupun ada ketika beliau menunjukkan seolah-olah mengamalkan demokrasi seperti memberi permit dua kali seminggu kepada Harakah dan permit kepada Suara Keadilan, Dr Hatta berkata tindakan itu tidak menunjukkan bahawa beliau seorang yang mengamalkan demokrasi tulen.
Katanya, pemberian permit tersebut bukan lambang demokrasi tulen, tetapi ia lebih kepada hak yang sewajarnya diterima kedua-dua akhbar rasmi pembangkang itu.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, PAS tidak keberatan mempertimbangkan gelaran tersebut kepada Abdullah jika beliau membuat perubahan tertentu yang lebih demokrasi, di penghujung khidmat beliau sebagai PM. Baca seterusnya http://nikhassanazmi.blogspot.com/2008/10/zaman-pak-lah-berlaku-banyak-pencabulan.html