Sunday, October 19, 2008

KEKEJAMAN KAFIR UMNO KEATAS ORANG MELAYU

SEDARLAH, INSAFLAH setiap detik, kita disadurkan dengan perlakuan dosa, yakni berprasangka dan menghakimi sesaorang melalui proses dakyah agar kita mempercayai mulut Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, media yang di bawah telunjuk kuasa Perdana Menteri, ulama yang mementingkan kedudukan, dan pemimpin-pemimpin Umno yang berkepentingan.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Barang siapa yang mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekelian. Nescaya tidak seorangpun daripada kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya"- Surah An-Nuur, ayat 21

DUABELAS DALIL MENGAPA UMNO HARUS DIHARAMKAN

1.Umno menerusi Haron Idris bertanggung jawab mencetuskan tragedi 13 Mei.
2.Umno menerusi Mahathir Mohamed bertanggung jawab merugikan danar Negara sebanyak berbilion-bilion ringgit dalam bentuk penyelengwengan dan kronisme.
3.Umno mengamalkan ajaran sesat dengan Islam Hadhari.
4.Umno menerusi syarikat-syarikat kroninya mengadakan hubungan perdagangan dengan Israel.
5.Umno menerusi ahlinya telah menderhaka terhadap DYMM Sultan Mizan dengan memanggil baginda'natang' (binatang).
6.Umno terus mainkan isu perkauman supaya dilihat sebagai pejuang bangsa Melayu dan Islam.
7.Umno telah dirampas oleh golongan India Muslim untuk menumpang hak-hak istimewa orang Melayu.
8.Umno telah memberi undi Malaysia kepada Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq dalam PerangTeluk Pertama di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.
9.Umno dan pemimpinnya masih lagi mengunakan ISA walaupun ISA melanggari undang-undang antarabangsa.
10.Umno menyebabkan Malaysia kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.
11.Umno dan pemimpinya menyumbang kepada ketegangan kaum dan agama di negara ini menerusi tindak-tanduk mereka yang angkuh.
12.Terkini dari
Malaysiakini , meskipun permohonan penduduk untuk memohon penangguhan perlaksanaan pemusnahan kampung di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah ditangguhkan ke 29 Oktober 2008, pihak pemaju dengan restu Umno Johor dan Umno Pusat dengan dibantu oleh pihak polis dan beberapa samseng upahan telah bertindak mengasari hampir 100 warga kampung dan meroboh hampir 10 buah rumah. Warga emas yang cedera telah dibawa oleh AMK dan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran. Baca seterusnya disini DISINI:

Baca juga: http://www.malaysiakini.com/columns/91477

No comments: