Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Seorang ulama atau imam dunia Islam pernah menyatakan ; jika kita hendak melihat bagaimana rupa bangsa sesebuah tamadun pada masa akan datang, lihatlah kepada remajanya yang ada pada hari ini. Kata-kata ini bukanlah satu dakwaan, tetapi merupakan satu bimbingan terhadap bagaimana kita seharusnya membuat satu persediaan bagi satu tamadun bangsa. Menyedari hakikat bahawa remaja hari ini adalah eset warisan kesinambungan juang diri umah, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli bangsanya untuk memastikan bahawa kita menyediakan asas-asas yang kukuh untuk satu perjuangan survival di hari muka.
Kita terlalu banyak bercakap mengenai hal-hal titik bengik, sehinggakan kita hampir melupakan soal pokok. antara aspek yang kita tutup sebelah mata adalah pembangunan jiwa remaja. Orang Melayu harus sedar bahawa kita sedang menghadapi krisis jiwa remaja yang hebat. Anak-anak kita terlalu bebas untuk membuat pilihan sendiri, tanpa diberikan cukup bimbingan dan asas membuat keputusan. adakah ibubapa dan golongan dewasa sedar bahawa kita sudah semakin luntur terhadap anak-anak remaja kita?
Jawapannya mungkin majoriti daripada kita sedar, kecuali segelintir orang dewasa yang masih lagi dibuai sedikit kesenangan, sehingga lupa melihat perkembangan anak-anak remaja mereka. Soalan-soalan asas berikut walaupun agak lumrah, namun boleh dijadikan senarai semak untuk kita mengukur sejauh mana anak-anak remaja kita dekat di hati kita. Berapa kerapkah kita secara berkala, memantau perkembangan pelajaran anak-anak?
Tahukah kita dengan siapa mereka berkawan? Apakah aktivitinya ketika waktu bersenggang setiap hari? Pernahkah anak-anak kita berbincang, meluah rasa hati dan menyelesaikan masaalahnya bersama kita? Terlalu banyak gejala sosial yang telah melanda remaja Melayu kita. Ada diantaranya tidak tamat pendidikan asas, sama ada sekolah rendah atau menengah. Berhenti sekolah semasa di tingkatan dua atau tiga. Ini disebabkan ketiadaan minat belajar ditambah dengan pengaruh persekitaran (rakan, tawaran kerja dengan imbuhan kebendaan) dan ketiadaan sokongan psikologi lalu menyebabkan mereka berhenti sekolah ditambah lagi masyarakat atau ibu bapa sendiri tidak ambil pusing tentang tindakan anak-anak mereka.
Namun, setelah berhenti sekolah, apa yang mereka mampu lakukan setiap hari hanyalah meronda keliling bandar atau kampung, bermain game di internet cafe (yang telah disalahgunakan dari fungsi asal untuk tujuan melayari maklumat), merempit dan melepak di komplek membeli belah atau di simpang-simpang jalan. Kesedaran sehaja tanpa tindakan tidak bermakna, apakah yang telah kita lakukan?. Organisasi-organisasi Melayu hari ini cukup lantang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masaalah yang melanda remaja melayu, apa yang mereka lakukan untuk menyelamatkan keadaan ini?.
Masaalah yang berbangkit sekarang adalah kita terlalu banyak bercakap tentang hal-hal yang bersifat teori, spekulasi, cadangan, kritikan, laporan atau apa-apa sehaja yang bersifat semacam intelektual dan akademik dalam hal menangani masaalah remaja Melayu. Ada di antara koperat-koperat Melayu yang lahir dari DEB juga terlalu sibuk mengira-ngira perhitungan ringgit dan sen. Dari terbit fajar hingga melelapkan mata, organisasi-organisasi ini terlalu leka untuk memikirkan apa yang bakal terjadi kepada remaja Melayu. Organisasi-organisasi ini mungkin berhujah bahawa mereka telah melakukan usaha-usaha tertentu untuk kepentingan anak-anak Melayu. Parti politik Melayu berhujah bahawa mereka telah menggariskan pelan induk pembangunan menyeluruh belia dan remaja. mereka juga telah berjaya mendampingi sebahagian besar remaja dengan melaksanakan program-program yang boleh mengisi masa lapang remaja. NGO pula senada ucapnya, dengan menyatakan bahawa mereka juga telah menyediakan platform yang sesuai untuk remaja bergiat aktif dalam bidang-bidang yang disukai.
Koperat-koperat Melayu juga tidak ketinggalan dengan dakwaan mereka telah melaburkan wang yang banyak untuk membiayai aktiviti-aktiviti tersebut. Persoalannya: berapa ramaikah remaja Melayu yang mendapat faedah daripada usaha-usaha itu? Sejauh manakah keberkesanan usaha-usaha itu?, adakah indeks remaja Melayu yang menghuni di Pusat-pusat Serenti menurun?, adakah gejala melepak, merempit dan kegiatan tidak bermoral berkurangan dengan banyaknya? Apakah usaha kita seterusnya...............
Gambar dari http://mahaguru58.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment