Sunday, October 19, 2008

Umno Pencabul Hak Rakyat

Umno sememangnya berkisar dalam perebutan kuasa puak-puak jahil yang gilakan kuasa dan wang ringgit. Yang merana adalah rakyat jelata yang dianiaya oleh regim kejam dan kafir ini seperti mana berlaku di Johor Darul Takzim dimana orang Melayu di belasah dan kediaman mereka diroboh secara kejam.

Sekiranya dalam tempoh lima bulan sebelum peralihan kuasa, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berusaha untuk mengkaji semula ISA, gelaran ‘Bapa Demokrasi Moden’ yang dicadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon kepadanya mungkin boleh dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, berkata, ketika zaman pentadbiran beliaulah banyak berlaku pencabulan demokrasi seperti tindakan terhadap para blogger, penahanan wartawan Sin Chew Daily di bawah ISA, serta tiada pemulihan dalam SPR. Macamana mahu iktiraf beliau sebagai bapa demokrasi?

Walaupun ada ketika beliau menunjukkan seolah-olah mengamalkan demokrasi seperti memberi permit dua kali seminggu kepada Harakah dan permit kepada Suara Keadilan, Dr Hatta berkata tindakan itu tidak menunjukkan bahawa beliau seorang yang mengamalkan demokrasi tulen.
Katanya, pemberian permit tersebut bukan lambang demokrasi tulen, tetapi ia lebih kepada hak yang sewajarnya diterima kedua-dua akhbar rasmi pembangkang itu.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, PAS tidak keberatan mempertimbangkan gelaran tersebut kepada Abdullah jika beliau membuat perubahan tertentu yang lebih demokrasi, di penghujung khidmat beliau sebagai PM. Baca seterusnya http://nikhassanazmi.blogspot.com/2008/10/zaman-pak-lah-berlaku-banyak-pencabulan.html

No comments: